Friday, April 30, 2010

Pandangan Hidup Muslim


Dan apa yang menyebabkan hati ditimpa duka, gundah gulana, bermuram durja?.. Sebab manusia merasa ada yang hilang. Yang dicari tidak dapat, yang dicari itu yang dapat. Yang diingini terlalu jauh, sedang yang tidak diingini terlalu dekat. Orang telah dahulu pergi ditunggu-tunggu juga. Sedang yang belum datang ditungkasi. Sebab datangnya kedukaan adalah kerana “salah pasang”. Meletakkan nilai kepada barang yang tidak bernilai, melupakan nilai dari yang sebenarnya bernilai.

Sunday, April 18, 2010

..train..

Suatu masa yang tidak diduga tiba-tiba train ini berhenti betul-betul di depannya dan membuka pintu tetapi tiada seorang penumpang pun yang turun atau naik melaluinya. Dia menoleh ke kiri dan kanan, tiada seorang pun yang berada disitu dan tanpa melengah-lengahkan masa lagi pemuda itu terus masuk ke dalam train itu dengan harapan train itu membawanya menghilangkan perasaan sunyi dan duka citanya selama ini. Pertama kali dia masuk ke dalam train yang begitu asing baginya, di dapati train itu begitu cantik, begitu menawan dan amat selesa keadaannya. Baginya inilah peluang yang telah diberikan kepadanya seterusnya merubah perjalanan masa depannya sendiri. Dia nekad ingin pergi ke tempat yang membuatnya bahagia bersama-sama peluang dan harapan yang telah diberikan kepadanya bersama-sama train itu..meninggalkan segala kepahitan..

Saturday, April 17, 2010

Aku dan sebuah Train..


Di suatu hari, ada seorang pemuda yang selalu berjalan-jalan bagi memenuhi kesunyiannya. Keadaan pemuda itu amat kesunyian dan hatinya amat hiba.. duka cita kerana ditinggalkan kekasihnya dan hidup keseorangan. Hidupnya pula terhenti di suatu tempat yang amat asing, sunyi dan terbatas kerana kesusahan hidupnya sehari-harian. Bukan sahaja ditinggalkan oleh seseorang yang dia amat percayai malah segala semangatnya terus lenyap dibawanya. Tetapi Allah maha kuasa, dia tetap akur dan tabah menghadapinya kerana dia yakin apa yang ditentukan oleh Allah, itulah yang terbaik untuknya.

Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. ( Hamka ).


Salahkah jika kita menyatakan sesuatu yang indah itu, menzahirkan keindahan itu pada empunya. Salahkah ianya diluahkan dengan hati yang mencintai keindahan itu walaupun penerimaannya tidak sepertimana luahan itu tadi. Alangkah sakitnya jika kita tidak berpeluang menyatakan keindahan itu, dan empunya keindahan itu tidak tahu pun yang menyatakan keindahan itu datangnya daripada keikhlasan. Ruginya dan kasihannya, kerana itu merupakan satu sumber daripada cabang hati yang meruntum kebahagiaan.

Tuesday, March 23, 2010

KAMI

Bayangkan hidup ini sorang-sorang. Tiada siapa untuk dirindui, malah lebih perit jika tidak dirindui. Walau bagaimana pun hidup ini, kita hendaklah juga untuk kasih mengasihi, untuk disayangi. Keluarga memang utama. Namun kita juga perlukan seseorang yang mengerti, seorang untuk berkongsi rasa, suka duka. Dengan kata lain, hidup berpasangan, untuk saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Kasih sayang adalah tanggungjawab jiwa dalam mengisi kekosongan hati. Tanggungjawab ini haruslah saling membantu. ”Kekasih dan bercinta adalah perkahwinan batin dan roh”~HAMKA

Tuesday, March 16, 2010

Semangat membara

Ilham daripada Pelukis Negara.....SAJ

Isteriku Wahida Hazmin

Gambar sedang makan jagung...geram tengok dia waktu tu..
Ni yg aku lukis gambar dia nih

Thursday, March 4, 2010

suatu hari di waktu pagi yang hening di kaki bukit..


dulu-kini-selamanya...